Monday, 28 March 2011

Potensi Sengon di Malaysia

Apa itu Sengon?

Sengon atau Pokok Sengon (latin: Paraserianthes Falcataria atau Albizzia Falcata), merupakan pokok kayu yang boleh manghasilkan kayu untuk tujuan industri perkayuan dan perabot.


Sengon merupakan spesies asli dari kepulauan sebelah timur Indonesia iaitu sekitar maluku dan Irian jaya Sekitar tahun 1870-an pohon ini menyebar keseluruh kawasan Asia Tenggara mulai dari Myanmar sampai Fillipina. Manakala sekitar tahun 1871 tanaman ini mulai dimasukkan ke Jawa atau tepatnya ke kebun Raya Bogor, dari kebun Raya Bogor Sengon kemudian disebarkan ke berbagai daerah mulai dari Sumatera hingga Irian Jaya.



Di Malaysia, penanaman pokok Sengon masih baharu dan belum dikomersialkan, sedangkan potensi Sengon dalam industri perkayuan amat tinggi. Mutu dan nilai kayu Sengon agak jauh lebih baik dan berkualiti tinggi jika dibandingkan dengan kayu getah.



Kegunaan pokok sengon meliputi daun, batang pokok dan hingga ke akarnya. Di pasaran terbuka, harga jualan kayu sengon bermula RM 150 hingga RM 1200 per m3. Harga tersebut bergantung kepada gred dan kualiti kayu yang dihasilkan. Kayu Sengon yang ditambah nilai boleh mencecah USD 600.




Pokok Sengon merupakan pokok yang senang ditanam, dan pertumbuhannya agak begitu cepat. Ia boleh ditebang apabila umurnya bermula 3 hingga 7 tahun ke atas.



Pokok Sengon yang ditebang boleh diproses kepada beberapa peringkat mengikut permintaan dan keperluan industri.

Sunday, 27 March 2011